Antara langkah-langkah dalam prosedur penjagaan kulit, menggunakan pupur muka dianggap sebagai langkah yang paling menyeronokkan. Melakukannya sebelum tidur pada waktu malan bukan sahaja memberikan nutrien tambahan kepada kulit yang letih malah memperbaik tekstur kulit. Berapa banyakkah yang anda tahu tentang pupur muka? Apakah manfaatnya? Dalam aturan penjagaan kulit anda, adakah anda memahami cara terbaik bagi memberikan khasiat kepada kulit anda? Marilah kita menguraikan misteri pupur muka kepada anda!
Kulit adalah organ terbesar dalam badan manusia yang bertindak sebagai halangan yang melindungi bahagian-bahagian badan yang berlainan. Kulit juga bertanggungjawab dalam pelbagai proses perembesan dan penyerapan. Minyak yang dirembeskan oleh kelenjar minyak kita merupakan perlindungan kulit yang semula jadi. Akan tetapi, faktor-faktor luaran seperti pencemaran, tempoh yang berpanjangan dalam persekitaran berhawa dingin, pendedahan kepada matahari, dan sebagainya, akan mempengaruhi perkembangan normal kulit kita. Oleh itu, kita perlu menggunakan produk penjagaan kulit bagi memastikan kulit kita kekal dalam keadaan yang baik. Pupur muka adalah permata produk penjagaan kulit, yang memberikan khasiat serta menjadikan kulit berseri secara serta-merta.
Terdapat pelbagai jenis pupur muka di pasaran, seperti pupur muka kertas, pupur muka berasaskan gel, pupur muka krim, pupur muka buatan sendiri, dan sebagainya. Antaranya, pupur muka kertas penghidratan adalah paling popular kepada pengguna kerana sesuai untuk semua jenis kulit. Manfaat lain termasuk hasil berkesan di mana kulit berasa lembap dan lembut selepas penggunaan, proses penggunaan yang mudah serta sesuai dibawa bersama.
Apabila kita menggunakan pupur muka, proses pernafasan kulit dan liang ditutup daripada udara semula jadi dalam atmosfera untuk sementara waktu.
Demi bernafas, kulit yang bersentuhan dengan pupur kulit akan menyedut esen yang terkandung dalam masker, menyedutnya ke dalam lapisan kulit yang dalam. Ini merangsangkan pengedaran darah dalam kawasan muka dan menguatkan kulit secara serta-merta.
Tambahan, apabila kulit menerima bendalir dan khasiat yang mencukupi, proses pernafasannya akan berhenti. Pada masa ini, anda harus menanggalkan pupur tersebut kerana adalah tidak disyorkan untuk membiarkan masker untuk lebih daripada 30 minit. Ini mengelakkan kulit daripada menjadi ternyahhidrat atau kehilangan kandungan air.
1. Sebelum menggunakan pupur muka, kulit harus dibersihkan dengan sebersih-bersihnya dan bebas daripada kotoran serta karah. Anda boleh menggunakan jaram panas untuk melembutkan liang dan menjalankan rutin pembersihan mendalam untuk membukakan liang serta memudahkan proses penyerapan nutrien.
2. Teknik urutan secara perlahan dapat merangsangkan peredaran darah pada kulit yang kelihatan suram untuk mencapai keserian yang lebih hebat.
PHHP memahami kepentingan pupur muka! Kita yakin anda akan berasa teruja dengan Izumi Facial Silk Mask baru yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Perhatikan ruangan ini untuk maklumat lanjut!