09 OCTOBER 2020

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Bagaimana Keadaan Kesihatan Hati Anda?

Pernahkah anda mendengar kata pepatah Cina iaitu “Diam Itu Emas”?Walaubagaimanapun, ketahuilah tidak semua diam itu akan bertukar menjadi emas. Ya! Begitu juga dengan hati kita.

Hati merupakan organ paling berfungsi dalam tubuh badan kita. Hati terdapat lebih daripada 500 reaksi biokimia. Ia memainkan peranan penting dalam proses metobolisme, pencernaan, pengeluaran hempedu, detoksifikasi, imuniti, pengeluaran tenaga dan lain-lain pelarasan kesihatan dalam tubuh badan kita.

Walaubagaimanapun, organ hati yang rajin bekerja ini tidak menunjukkan sebarang tanda jika ianya mempunyai sebarang penyakit dan tubuh badan kita juga tidak akan mengetahui jika hati kita sudah pun berada dalam keadaan sakit. Fakta kesihatan daripada PhytoSophy: Kita hanya akan merasakan ketidakselesaan apabila kerosakan dihati kita telah melebihi kadar 70%. Pada ketika ini ianya sudah terlambat untuk kita ketahui.

Pengambilan gula dan lemak berlebihan, penyalahgunaan dadah dan alkohol serta berjaga sehingga ke lewat malam akan memberi kesan kesihatan kepada fungsi hati. Ianya akan menurunkan tahap kesihatan hati, menyebabkan hati berlemak, hati beralkohol, dan juga penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan hati.

Pada hakikatnya, hati akan menghantar isyarat kepada tubuh badan kita terlebih dahulu sebelum terjadinya penyakit pada hati, jadi kita dapat mengambil langkah-langkah berwaspada lebih awal dan dapat menyedari tentang bahaya dan kemungkinan yang akan berlaku. Jom kita lihat tanda-tanda hati yang kurang sihat bersama PhytoFairy:

1. Masalah Pencernaan
Sekiranya hati kita bermasalah, ia akan menyebabkan berlakunya kesukaran dalam pengeluaran hempedu. Disebabkan itu, kita menghadapi masalah pencernaan.

2. Kelesuan
Setelah fungsi metabolisme hati menurun, makanan yang dimakan tidak dapat diubah menjadi tenaga yang kita perlukan, jadi tubuh badan kita akan menjadi lesu.

3. Kurang Berat Badan Secara Tiba-tiba
Sel-sel dalam tubuh badan tidak dapat menyerap nutrien dengan baik dan mengakibatkan kekurangan zat makanan dan sekaligus membuatkan tubuh badan menjadi kurus.

4. Cepat Marah
Hati yang tidak sihat akan menimbulkan perangai yang impulsif dan cepat marah.

5. Kekuningan pada Mata dan Kulit
Apabila fungsi hati menurun, bilirubin tidak dikeluarkan daripada tubuh badan dan menyebabkan gejala penyakit kuning berlaku.