16 December 2020

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Inginkan Gaya Hidup Beristiadat? Kami berikan anda hadiah Krismas ini!


Dalam sekelip mata, hanya dalam masa dua minggu sebelum tahun 2021. Disember — bulan yang paling indah dan romantik dalam sepanjang tahun, adalah juga untuk sambutan Krismas, ianya menjadi semakin teruja dengan idea pemberian hadiah!

Sama ada menukar hadiah dengan rakan-rakan ataupun memberikan hadiah kepada kesayangan anda, hadiah dikirim berserta salam ikhlas sememangnya merupakan pilihan yang terbaik.

Sememangnya,memberikan hadiah kepada diri anda sendiri sebagai ganjaran diatas hasil usaha selama setahun juga merupakan satu pilihan yang tetap sekali!

Mari sertai PhytoFairy untuk siri asas penjagaan kulit kami, kemungkinan anda boleh dapatkan sedikit kasih sayang kepada diri sendiri dalam sambutan hari krismas nanti!


PhytoLab Skincare Essential Series


1. Pembersihan: Langkah pertama untuk rutin penjagaan kulit
Ramuan utama PhytoLab Purifying Facial Cleanser ialah Ekstrak Baobab. Ekstrak Baobab bukan sahaja membantu membuang kekotoran dengan rumusan lembut tetapi juga membantu dalam menguatkan penghalang kulit, melembutkan dan melembapkan kulit anda dalam proses pembersihan. PhytoLab Purifying Facial Cleanser tidak mengandungi SLS, ianya dirumuskan dengan ramuan semula jadi dan lembut bermanfaat untuk kesan pembersihan kulit anda.

2. Tone: “tone” kulit anda dan sediakan yang terbaik!
PhytoLab Facial Toning Essence adalah diformulasikan dengan tiga jenis ekstrak botani yang lembut: Witch Hazel, Matricaria dan Comfrey. Witch Hazel membantu senadakan kulit anda dengan kesan astringen, ianya juga dikenali sebagai “Wira Penjagaan Kulit Semula Jadi” dalam industri kecantikan.

Chamomile digelar sebagai “Air Keremajaan” kerana ia memberikan kuasa penyembuhan lembut pada kulit. Ia terkenal dengan hasil kecantikannya yang ajaib. Ianya memberikan penyembuhan lembut untuk menenangkan kulit sensitif selain daripada membantu mengurangkan kemerah-merahan pada kulit.

Comfrey telah lama digunakan sebagai “Penyembuh Luka”. Ia dapat membantu dalam pertumbuhan semula sel, sama seperti memberikan kesan kulit berseri kepada kulit daripada intipati kulit wajah. PhytoLab Facial Toning Essence tidak mengandungi alkohol, anda tidak perlu risau tentang masalah kekeringan kulit anda.

3. Melembapkan: Menyerlahkan kecerahan kulit anda
PhytoLab Facial Nourishing Moisturiser mengandungi dua ramuan utama, iaitu Ekstrak Sitrus dan Niacinamide (Vitamin B3). Ekstrak Sitrus mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi, dikenali sebagai elemen yang sangat dikenali dalam rangkaian produk kecantikkan. Terutama sekali dapat membantu mengurangkan penghasilan melanin dan meningkatkan keserian wajah.

Niacinamide ialah sejenis Vitamin B3 yang dikenali sebagai bahan penjagaan kulit yang lengkap. Ia akan membantu memberikan kesan hidrat yang lama pada kulit kita. Di samping itu, ia juga dapat membantu dalam penghasilan kolagen di dalam lapisan kulit kita dan memperbaiki tekstur kulit.

Untuk mendapat kulit yang halus dan sihat, ianya sangat penting untuk menjaga kecantikkan luaran kita. Namun, jangan lupa untuk menjaga kecantikkan dalaman dan mempunyai gaya hidup yang sihat.

Oleh itu, kita boleh menyatakan hasrat tulus ikhlas dengan memberikan hadiah, tidak kira apa yang kita berikan.

Selamat Hari Natal kepada anda!


Kecantikkan sejati bersinar dari dalam, belum terlambat untuk perubahan dan kulit yang lebih sihat!