09 OCTOBER 2020

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Dimanakah Kolagen Berada?

Kolagen boleh dikatakan berada hampir di seluruh tubuh badan kita seperti pada kulit, kuku, otot, sendi dan tulang. Kekurangan kolagen akan mempercepatkan proses penuaan kulit kerana 70% keadaan kulit terdiri daripada kolagen. Disebabkan itu kolagen digelar sebagai ‘emas lembut’ untuk kulit.

Walaubagaimanapun, kolagen mudah hilang dan berlaku dalam rutin kehidupan seharian kita seperti:

Amalan Gaya Hidup yang kurang sihat:
Amalan pemakanan yang tidak sihat, merokok, minum minuman keras, tidur lewat malam dan menghadapi tekanan hidup bukan hanya mengakibatkan masalah kesihatan fizikal dan mental tetapi juga mengakibatkan kekurangan kolagen dengan cepat.

Sinaran Ultraviolet (UV):
Sinaran ultraviolet akan memusnahkan serat elastik dan kolagen pada dermis kulit. Oleh itu, memakai perlindungan daripada sinaran UV sebelum kita keluar daripada rumah adalah sangat penting.

Pencemaran alam Sekitar:
Terdapat banyak bahan berbahaya dalam udara yang tercemar. Apabila ianya berinteraksi dengan sel kulit manusia, radikal bebas akan terhasil dan merosakkan kolagen.

Radiasi:
Penggunaan telefon pintar dan komputer dengan jangka masa yang lama boleh mengakibatkan berlakunya pengoksidaan pada kulit seterusnya menjadikan kulit kering, berkedut dan terjadi penuaan pra-matang.


Petua daripada PhytoFairy:


Cubalah produk penjagaan kecantikan kulit kami yang mengandungi Niacinamide!

Niacinamide adalah Vitamin B3 yang dikenali sebagai satu ‘elemen penjagaan kulit serba lengkap’. Para saintis mendapati ianya mempunyai jisim molekul yang kecil dan menjadikannya lebih mudah untuk diserap oleh lapisan dermis kulit. Niacinamide juga dapat merangsang pengeluaran kolagen dan membantu dalam meningkatkan semula kebaikan pada kulit kita. Mula jalani kehidupan yang bahagia dan penuh keyakinan dengan syarikat PhytoFairy!