KAMI PERCAYA PRODUK SEMULAJADI
BERMULA DARIPADA RAMUAN SEMULAJADI

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Ramuan Kami

Ekstrak Ceri Acerola

Ceri Acerola merupakan buah yang berasal dari kawasan Tropika Barat. Buah ini mempunyai kandungan Vitamin C yang sangat tinggi. Oleh itu, ianya dipanggil sebagai “Raja Vitamin C” dalam kalangan para saintis.

Keseluruhan Daun Lidah Buaya

Keseluruhan Daun Lidah Buaya merupakan gabungan ekstrak daripada lapisan luaran dan juga lapisan dalaman, yang menyediakan sehingga 75 bahan aktif semulajadi dan pelbagai enzim semulajadi. Lidah buaya telah digunakan secara meluas dalam bidang perubatan dan kecantikkan sejak daripada ribuan tahun terdahulu.

Ekstrak Ubi Bit

Rasa Ubi Bit sangat lazat dan menjadikannya sesuai untuk ditambah dalam sajian. Tambahan pula, ianya merupakan sayur yang mengandungi tinggi nilai pemakanan, polifenol dan flavonoid yang membantu untuk menyuburkan organ hati.

Beta-Karotena

Beta-Karotena merupakan pigmen oren kemerahan yang terdapat dalam sayur-sayuran seperti lobak, labu, keledek dan banyak lagi. Beta-Karotena boleh bertukar menjadi Vitamin A selepas pencernaan.

Ekstrak Klorela

Klorela merupakan tumbuh-tumbuhan akuatik bersel tunggal yang berbentuk sfera. Klorela mempunyai klorofil sepuluh kali ganda lebih banyak daripada tanaman lain. Di samping itu, ianya juga mengandungi pelbagai vitamin, mineral, asid amino dan nutrien penting lain.

Ekstrak Klorofil

Kebaikkan klorofil kepada kesihatan manusia telah ditemui oleh para saintis sejak 170 tahun yang lalu dan telah dianugerahkan Anugerah Nobel. Struktur molekul klorofil sangat mirip dengan sel darah merah manusia yang mana ianya membantu untuk meningkatkan kesihatan darah dan memberikan kekuatan kepada tubuh badan.

Ekstrak Curcumin

Kunyit merupakan ramuan makanan yang sering digunakan di India. Ia mengandungi sebatian curcumin yang memberikan sifat anti keradangan yang tinggi. Dalam bidang perubatan, ekstrak curcumin banyak digunakan dalam mengatur keradangan di dalam tubuh badan dan meningkatkan kesihatan secara menyeluruh.

Ekstrak Membran Kulit Telur

Membran kulit telur merupakan lapisan filem nipis di bahagian dalam lapisan kulit telur. Ia bertindak sebagai lapisan perlindungan penting untuk menyokong kuning telur dan albumen. Ianya mengandungi protein yang penting untuk mengekalkan kesihatan sendi.

Ekstrak Kuning Telur Hidrolisis

Kuning telur memberikan sumber nutrien yang utama kepada embrio. Peptida hidrolisis yang diperolehi daripada kuning telur dapat membantu untuk menyokong pertumbuhan tulang.

Kolostrum IgG

Kolostrum bovine adalah cecair susu yang dirembeskan oleh lembu pada 72 jam pertama selepas melahirkan anak lembu yang merupakan anugerah kesihatan yang menakjubkan daripada alam semulajadi. Ianya kaya dengan kandungan Immunoglobulin G (IgG) yang mampu mengukuhkan daya imuniti.

Cendawan Lingzhi

Cendawan Lingzhi dikenali sebagai ‘Raja Ubat-ubatan Cendawan’ sejak daripada zaman kuno lagi kerana manfaatnya dalam kesihatan jelas terbukti. Kandungan organik germaniumnya dapat membantu dalam meningkatkan penyerapan oksigen ke dalam darah seterusnya membantu untuk memulihkan daya hidup.

Ekstrak Lungwort

Dalam perubatan tradisional di Eropah, Lungwort kebiasaannya digunakan untuk memulihkan masalah paru-paru. Unsur-unsur semulajadi yang terkandung di dalamnya seperti polifenol dan antibiotik mampu membantu untuk menyingkirkan radikal bebas, bahan berbahaya dan toksin.

Ekstrak Likopin

Likopin merupakan pigmen semulajadi yang menjadikan buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna merah terang. Ianya merupakan antioksidan yang kuat yang membantu untuk memperbaiki penampilan kulit secara menyeluruh dan keadaan tubuh badan.

Ekstrak Milk Thistle

Milk Thistle merupakan ramuan herba yang berbunga. Ianya mengandungi silymarin yang membantu untuk menyingkirkan bahan berbahaya daripada paru-paru dan bersifat antioksidan.

Ekstrak Pudina

Pudina merupakan herba aromatik yang memberikan rasa sejuk dan kesegaran secara semulajadi.

Ekstrak Buah Delima

Buah delima terkenal dengan sifat antioksida yang kuat kerana ianya kaya dengan flavonoid, antosianin dan juga komponen lain yang tinggi kuasa penyembuhan.

Prebiotik

Akar cikori merupakan sumber prebiotic yang hebat. Inulin prebiotic dalam akar cikori membantu dalam meyuburkan bakteria usus yang akan meningkatkan pencernaan.

Ekstrak Lobak Merah Keungguan

Lobak merah keungguan merupakan sumber terbaik antosianin yang mengandungi faedah kesihatan yang hebat.

Ekstrak Alga Merah

Alga Karalin yang dikenali sebagai alga merah ini boleh didapati di perairan laut di seluruh dunia. Ianya kaya dengan sumber kalsium dan juga magnesium yang menyumbang kepada kesihatan tulang.

Ekstrak Rosel

Rosel merupakan tumbuhan daripada keluarga bunga raya yang juga dikenali sebagai “Permata Merah” dalam dunia herba. Kaya dengan kandungan Vitamin C dan antioksidan semulajadi yang bermanfaat untuk kesihatan diri kita.

Royal Jelly

Royal Jelly merupakan zat gelatin yang dirembeskan oleh lebah madu untuk memberi makan kepada ratu lebah dan juga lebah yang masih muda. Ianya sungguh berkhasiat dan bermanfaat untuk kita dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan.

Ekstrak Spirulina

Spirulina merupakan alga hijau kebiru- biruan yang biasanya dimakan kerana faktor tinggi kandungan nilai nutrien dan faedah kesihatan. Spirulina telah berada di muka bumi sejak 3.5 bilion tahun yang dulu.

Lingzhi Spora

Lingzhi Spora adalah bahan berserbuk yang dikeluarkan apabila Lingzhi telah matang. Ia merupakan intipati lingzhi yang sangat berkhasiat. Dengan menggunakan teknik ultra bunyi menjadikan pecahan spora Lingzhi lebih mudah diserap ke dalam tubuh badan.

Ekstrak Stevia

Stevia merupakan pemanis semulajadi yang dikenali sebagai herba pengganti gula. Ianya telah digunakan dalam pembuatan teh sejak daripada abad ke-16.

Ekstrak Thyme

Thyme merupakan tumbuhan dengan rasa yang menyegarkan. Dalam saluran pernafasan, ianya membantu untuk membersihkan mukus. Selain itu, ia juga bersifat anti-keradangan dan anti-bakteria.

Cendawan Tiger Milk

Cendawan Tiger Milk sering dikenali sebagai “Khazanah Negara Malaysia”. Ianya mengandungi polisakarida yang dapat merehatkan saluran udara dan menjadikan pernafasan kita kembali lancar. Ia juga mampu memulihkan keadaan simptom asma, batuk dan alahan hidung.

Cendawan Turkey Tail

Cendawan Turkey Tail merupakan cendawan yang berlapisan seperti bentuk cakera dan bersaiz besar jika dibandingkan dengan cendawan Lingzhi. Cendawan ubat ini mengandungi beta-glukan yang membantu untuk melindungi organ hati dengan mengurangkan pengumpulan lipid hepatik.