travel

£ªGambar untuk rujukan sahaja.

Pakej (1):Zhang Jia JIe
Pakej (2): Vietnam

Syarat kelayakan pemohon:

1. Pemohon mestilah seorang pengedar berpangkat presiden atau ke atas.
2. Pakej 1 : Pemimpin dengan kelayakan 2 jaluran dalam tempoh 6 bulan ( pemimpin perlulah memiliki 4000PGBV) bermula 1 Januari 2009 sehingga 31 Disember 2009.
3. Pakej 2 : Pemimpin dengan kelayakan 2 jaluran dalam tempoh 4 bulan (pemimpin perlulah memiliki 4000PGBV) bermula 1 Januari 2009 sehingga 31 Disember 2009.

Terma dan Syarat:
1. Individu yang tidak memenuhi keperluan tidak boleh menyertai program ini walaupun atas tanggungan sendiri.
2. Setiap pemenang hanya akan diberikan satu tiket sahaja.
3. Setiap pemenang boleh ditemani oleh pasangan mereka (kos pakej pelancongan adalah ditanggung sendiri)
4. Pakej pelancongan ini tidak boleh dipindah milik atau ditukar kepada tunai.
5. Pemenang bagi pakej pelancongan 2 tidak boleh menukar hadiah kemenangan ini ke pakej 1.
6. Dalam keadaan di mana seorang individu memenangi pakej 1 manakala pasangannya memenangi pakej 2, maka tambahan bayaran 50% boleh dibuat untuk dipinda ke pakej 1.
7. Anugerah pelancongan ini tidak termasuk yuran dokumen perjalanan diperlukan dan kos pengangkutan semasa di negara yang dilawati.
8. Para pemenang hendaklah memaklumkan persetujuan mengikuti lawatan dalam tempoh yang ditetapkan dengan mengisi notis makluman berserta salinan pasport (jika diperlukan). Jika tiada sebarang jawapan diterima dalam tempoh tersebut, hadiah ini dianggap terbatal.
9. Kesemua pemenang pakej pelancongan ini mestilah menyertai kesemua aktiviti yang telah dirancang dan tidak boleh sama sekali meninggalkan rombongan pada bila-bila masa pun. Jika peraturan ini tidak dipatuhi, maka ini akan menjejaskan peluang pemenang tadi untuk turut sama dalam program akan datang.
10. Pihak pengurusan berhak membatalkan atau mengubah kesemua item program hadiah pelancongan ini.
11. Pihak pengurusan juga berhak mengubah syarat-syarat dan terma kelayakan para pemenang hadiah pelancongan ini tanpa notis terdahulu.