09 OCTOBER 2020

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Keyakinan Datang daripada Kulit yang Cantik

Kulit yang sihat berseri akan menyerlahkan kecantikkan anda. Kulit yang sihat memberikan anda rasa positif dan berkeyakinan. Anda mungkin telah membeli pelbagai pakaian cantik tetapi kecantikan sebenar akan sentiasa tersebunyi melainkan anda memiliki kulit yang sihat. Kulit yang tidak sihat hanya akan menonjolkan perbezaan antara kecantikkan pakaian dengan kulit kita. Tubuh badan kita memerlukan nutrien untuk kekal sihat dan begitu juga dengan kulit kita. Ianya memerlukan khasiat penting daripada rutin penjagaan kulit.

PhytoFairy mempunyai beberapa petua kecantikkan untuk dikongsikan kepada anda.


Rutin penjagaan kulit untuk beginner – Skincare Essential 1,2,3!

Langkah 1: Pembersihan
Membersihkan muka adalah langkah pertama dalam penjagaan kulit. Bertujuan untuk menghilangkan kekotoran, minyak dan bekas solekan yang menyekat liang-liang pori kulit anda.

Cara-cara penggunaan yang betul:
Letakkan sedikit pembersih ditapak tangan sebesar saiz kacang pea. Sapukan pada muka dan leher dalam gerakan bulatan. Bilas Dengan air dan keringkan.

Langkah 2: Tone
Gandakan usaha dalam membersihkan dan menyeimbangkan tona kulit supaya kulit bersedia untuk menyerap khasiat pada langkah penjagaan kulit yang seterusnya.

Cara-cara Penggunaan yang betul:
Selepas membersihkan muka, tuangkan sedikit toner pada kapas muka mengikut keperluan dan sapukan dengan lembut pada muka dan leher. Tidak perlu dibilas.

Langkah 3: Melembapkan
Melembap dan menyuburkan kulit adalah merupakan langkah penting untuk memastikan kulit menjadi subur dan terhidrat. Dengan ini, kulit akan menjadi sihat dan berseri.

Cara-cara Penggunaan yang betul:
Sapukan pelembap pada muka dan leher mengikut keperluan dan sapukan mengikut gerakan keatas dan keluar.


Siri Phytolab Skincare Essentials

Semulajadi Harian Penyembuhan

Rutin Terapi Semulajadi diformulasikan daripada pati botani semulajadi yang mengandungi nutrien penting untuk memenuhi keperluan harian kulit anda serta memberikan hasil yang memuaskan untuk menghidupkan semula sel-sel pada kulit anda.