6 January 2021

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Pelan Peingkatan Imuniti: Bermula Dengan Hanya “4 Satu” Setiap hari!


Apakah itu imuniti? Ianya juga dikenali sebagai daya tahan terhadap penyakit. Imuniti melindungi badan kita daripada serangan virus dan bakteria. Bgi menjaga kesihatan diri sendiri, kita perlu menguatkan imuniti untuk mengelak daripada dijangkiti virus.

Bagaimana imuniti berbeza? Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi isu tersebut?

Pertama, ialah lingkungan umur. Sistem imun dalam kalangan kanak-kanak belum berkembang sepenuhnya. Tahap imunisasi mereka adalah lebih rendah.

Selain itu, seiring dengan pertambahan usia, sistem imun kita juga menjadi kendur secara semula jadi menjadi semakin lemah. Ini kerana golongan warga emas lebih cenderung dijangkiti penyakit dan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Di samping itu, keadaan lain juga menyebabkan imun menjadi lemah. Sebagai contoh, tekanan mental, tabiat makanan yang kurang sihat, gaya hidup yang tidak teratur dan sebagainya. Apabila tahap imunisasi kita menurun, badan kita akan menghadapi isu kesihatan suboptimal dan juga penyakit.

Imuniti adalah untuk badan kita, ia perlu sentiasa dijaga dan dilindungi. Di sini, PhytoFairy membantu anda bagaimana konsep “4 Satu” dijalankan:


1. Satu Kombinasi Pemakanan Yang Sihat

Kita perlu mengamalkan tabiat pemakanan “Lebih Sayur-sayuran, Kurangkan Daging, Tinggalkan Sedikit Selera Makan”. Makan lebih banyak biji-bijian dan mengambil lebih banyak vitamin daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Untuk merangsang fungsi sistem imun kita, PhytoFairy mencadangkan supaya mengambil lebih banyak makanan yang dapat menguatkan imuniti, contohnya, colostrum bovine.



2. Satu Masa Tidur Yang Berkualiti

Masa tidur yang berkualiti adalah asas penting untuk imuniti yang kuat. Kita memerlukan sekurang-kurangnya 7 jam masa tidur yang berkualiti dalam satu hari, Ianya lebih bagus jika dapat tidur lena sebelum pukul 11 malam. Apabila kita tidur lena, sistem imun kita akan memulakan kerja dan memperbaiki keadaan tubuh badan kita. Ia akan membantu kita untuk membuangkan mikroorganisme dan sel yang tidak sihat.


3. Satu Senaman Selama 30-40 minit

Melatih badan kita adalah salah satu cara yang sangat efektif untuk membentuk tubuh badan yang lebih kuat. Setiap hari, melakukan senaman yang sederhana dan selamat selama 30 minit dapat mengeluarkan peluh. Sebagai contoh, berjoging, bersiar-siar dan sebagainya. Ia bukan sahaja dapat membantu meningkatkan fungsi kardiovaskular, ianya membantu juga memperbaiki pengaliran darah dan metabolisma badan. Pada masa yang sama, ia juga membantu dalam detoksifikasi dan meningkatkan kesihatan badan kita.


4. Satu Jam Masa Rehat

Kesibukkan sepanjang hari, Biarkan rambut anda mengurai selama satu jam masa rehat dengan hobi dan hiburan adalah bermanfaat untuk kesihatan anda. Ia dapat mengurangkan tekanan dan membawa keseronokan ke dalam kehidupan anda. Mood ini memberikan ketenangan begitu juga badan anda.

PhytoFairy memberikan dorongan kepada kita untuk menguatkan imuniti badan untuk mengelakkan daripada terjebak dengan risiko dijangkiti virus dan bakteria yang memudaratkan. Jom bina perisai imuniti anda dari hari ini!