09 OCTOBER 2020

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Masalah Kulit yang Tidak Berpenghujung? Siapa Perlu Dipersalahkan?

Kulit yang sihat berseri akan menyerlahkan kecantikkan anda. Kulit yang sihat memberikan anda rasa positif dan berkeyakinan. Anda mungkin telah membeli pelbagai pakaian cantik tetapi kecantikan sebenar akan sentiasa tersembunyi melainkan anda memiliki kulit yang sihat. Kulit yang tidak sihat hanya akan menonjolkan perbezaan antara kecantikkan pakaian dengan kulit kita.

PhytoFairy tahu bahawa ramai orang yang inginkan kulit yang cantik. Tetapi untuk mendapatkan kulit yang cantik, kita perlu memahami faktor-fakrtor yang mempengaruhi kesihatan kulit kita seperti:

Perubahan Iklim:
Cuaca yang panas akan lebih mendedahkan lagi masalah kulit sensitif sedangkan suhu yang rendah pun mampu menyebabkan kulit menjadi kering.

Pencemaran Udara:
Terdapat banyak komponen beracun dalam udara yang boleh menyebabkan terjadinya pengoksidaan pada kulit kita setrusnya mengakibatkan liang-liang pori tersumbat dan kulit menjadi kusam.

Amalan gaya hidup yang tidak teratur:
​Tidur lewat akan menyebabkan terjadinya gangguan endokrin, meningkatkan rembesan sebum, folikel rambut tersumbat dan bintik-bintik hitam.

Tabiat Makan yang Tidak Sihat:
​Makanan pedas dan berminyak akan memburukkan lagi kesihatan kulit.

Penggunaan Produk Bukan Semulajadi:
Menggunakan produk yang mengandungi kandungan sulfat, bahan pengawet kimia dan bahan berbahaya lain akan menyebabkan kerosakkan pada lapisan perlindungan kulit semulajadi kita, dan akhirnya mempengaruhi kesihatan kulit.

Penuaan:
Penghasilan kolagen dalam tubuh badan kita akan berkurangan secara beransur-ansur setelah kita melewati usia 25 tahun. Tubuh badan kita tidak lagi dapat menghasilkan kolagen sendiri yang mencukupi dan keadaan kulit akan menjadi lebih sukar untuk dipulihkan.

Untuk mengelakkan faktor-faktor di atas daripada memburukkan lagi proses penuaan kulit, kita perlulah menjaga kulit kita dengan baik sehingga kita dapat kembalikan daya ketahanan dan kesihatan.