03 September 2020

Saiz Huruf :   Besar    Sederhana    Kecil

Kenapa Perlu Pilih Semulajadi?
Kenapa Perlu Makanan Tambahan?


Manusia memerlukan nutrien yang mencukupi untuk mengekalkan fungsi tubuh badan yang normal dalam kehidupan seharian. Walaubagaimanapun, jika kita sering mengamalkan diet yang tidak sihat, gaya hidup yang tidak teratur serta tinggal di kawasan penempatan yang tercemar, ketika itulah kita akan mula jatuh sakit.

Makanan adalah penting untuk kehidupan seharian kita tetapi adakah kita pernah terfikir sejauh mana semulajadinya makanan kita? Masyarakat pada masa kini lebih memilih untuk mencari makanan yang cepat dan mudah disediakan serta sering mengabaikan perkara yang paling mustahak iaitu kualiti sesuatu makanan. Makanan yang terlalu banyak diproses atau makanan ringan kebiasaannya mengandungi sejumlah besar logam berat dan juga bahan kimia buatan. Boleh dikatakan hampir sebilangan besar kandungan nutrien hilang semasa proses pembuatan. Selain itu, kebanyakkan daripada masyarakat kita mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Mereka lebih gemar menghabiskan sebahagian besar masa bermain dengan peralatan elektronik berbanding memperuntukkan masa untuk menjaga tubuh badan mereka aktif secara fizikal. Gaya hidup yang tidak sihat akan mengurangkan kecekapan penyerapan nutrien ke dalam tubuh badan dan juga akan mempengaruhi aturan badan. Selain itu, keadaan hiruk-pikuk bandar besar kebiasannya persekitaran diselubungi toksik seperti racun perosak, habuk, sinaran UV dan air yang tercemar. Hal ini berpotensi dalam membahayakan kesihatan dan menjadikan kesihatan tubuh badan kita semakin merosot.

Dalam era kini, setiap orang memiliki rentak kehidupan mereka yang tersendiri. Kehidupan boleh menjadi sangat tertekan dan makanan tidak lagi dari sumber semulajadi. Dengan ini, ia menjadikan kita sukar untuk mendapatkan nutrien yang mencukupi daripada makanan harian. Oleh itu, setiap masyarakat daripada semua lapisan umur yang mempunyai latar belakang kesihatan yang berbeza dapat mengisi keperluan kesihatan harian mereka dengan makanan tambahan yang sesuai dengan keperluan peribadi mereka. Tujuan makan tambahan diwujudkan adalah untuk ‘menjadikan orang yang sihat terus kekal sihat’. Tetapi perlu diingat, adalah sangat penting untuk memilih makanan tambahan dengan betul dan memang benar bahawa keberkesanan sesuatu makanan tambahan itu sangat penting tetapi apa lagi yang diperlukan? Kita mestilah memerhatikan kualiti dan keselamatan sesuatu makanan tambahan tersebut. Kesimpulannya, makanan tambahan yang diformulasikan daripada ekstrak semulajadi adalah pilihan yang terbaik kerana ianya mudah diserap ke dalam tubuh badan dengan kecekapan tinggi dan yang paling penting ianya selamat untuk dimakan.

PHHP sangat komited dalam herba phyto dan berharap dapat berkongsi falsafah kesihatan kepada orang ramai. Kami juga bersemangat dalam memilih ekstrak tumbuhan semulajadi yang terbaik untuk dijadikan sebagai ramuan kami. Kami berkongsi kebahagiaan ini dengan orang ramai yang mencintai kesihatan dan kehidupan yang terbaik seperti kami dengan merumuskannya menjadi satu rangkaian produk kesihatan yang luar biasa.