08 OCTOBER 2020

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Kenapa Makanan Tambahan?

Kenapa Kita Perlukan Makanan Tambahan Dalam Pemakanan?


Anda adalah Apa yang Anda Makan

• Anda adalah Apa yang Anda Makan
Dalam kehidupan yang serba moden kini, tabiat pemakanan orang ramai telah berubah mengikut perubahan perkembangan sains dan budaya. Kenyang bukan lagi menjadi keutamaan. Kini, orang ramai lebih menumpukan pada aspek fizikal makanan seperti rasa dan rupa daripada mementingkan nilai-nilai khasiat yang terkandung dalam sesuatu makanan tersebut. Dengan itu, tabiat pemakanan seseorang itu sendiri dapat mencerminkan keadaan kesihatan kita.

• Nutrien yang Baik Membawa kepada Kesihatan yang Baik
Kombinasi pemakanan seimbang dengan tabiat pemakanan yang sihat merupakan asas untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat. Setiap hari kita perlu mengambil 7 nutrien teras yang diperlukan oleh tubuh badan iaitu karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin, mineral dan air. Dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan khasiat yang mencukupi, Kita boleh memiliki tubuh badan yang sihat dan kuat.

• Kekurangan Nutrien Akan Membawa Penyakit
Makan makanan yang kurang sihat atau kekurangan nutrien bukan sahaja akan mempengaruhi fungsi sel-sel tubuh badan tetapi ianya juga akan menjadi penyebab pelbagai masalah kesihatan. Diantara contoh serangan sakit adalah seperti penyakit atritis, sakit perut, penyakit kardiovaskular, diabetes dan pelbagai lagi. Bak kata pepatah “ Penyakit Itu Datang daripada Mulut”. Selain itu, pada masa kini apabila jatuh sakit orang ramai banyak bergantung kepada rawatan perubatan daripada mencuba untuk mengatasi masalah yang berkemungkinan berpunca daripada amalan pemakanan yang kurang sihat. Ramai tidak mengetahui bahawa masalah yang kecil akan membawa kepada masalah kesihatan yang berbahaya.


Kita Perlu Mendapatkan Nutrien yang Betul

• Bukan mudah untuk membawa Ramuan Semulajadi setiap hari. Ianya Memakan Masa dan kos yang tinggi.
Kita makan berbagai-bagai jenis makanan di dalam kehidupan seharian kita. Menurut pakar nutriologi, warna makanan yang menarik bukan sahaja menarik minat selera makan tetapi warna itu juga menunjukkan nilai pemakanan dan kesan makanan terhadap kesihatan. Warna-warna ini dapat diklasifikasi kepada : hitam (kesihatan buah pinggang), merah (kesihatan jantung), kuning (kesihatan limpa), hijau (kesihatan hati) dan putih (kesihatan paru-paru). Dengan itu, kita seharusnya peka dengan setiap kombinasi pemakanan yang diamalkan dan tidak menjadi terlalu memilih. Walaubagaimanapun, untuk menyediakan sendiri ramuan semulajadi sebagai bahan makanan harian adalah agak sukar kerana gaya hidup yang sibuk apatah lagi setiap proses memerlukan masa yang lama, tenaga dan perbelanjaan.

• Orang Ramai Cenderung Memilih Perkara yang Mudah Berbanding Kesihatan
Kepantasan dan kemudahan telah menjadi satu norma baharu dalam kehidupan seharian kita. Tetapi, nilai-nilai pemakanan dalam makanan sering kita terlepas pandang. Kebiasaanya makanan yang menjalani terlalu banyak proses mengandungi tinggi kandungan logam berat, bahan kimia dan bahan buatan lain yang akan memudaratkan kesihatan kita seperti makanan sejuk beku, mi segera, makanan yang telah siap dibungkus, makanan dalam tin, makanan ringan, kerepek dan banyak lagi. Tambahan lagi, proses pembuatan dan pemanasan yang dilalui semasa memasak makanan tersebut boleh merosakan nutrien yang terkandung di dalam makanan.

• Gaya Hidup dan Amalan Pemakanan yang Tidak Sihat Menyebabkan Kekurangan Zat Makanan.
Dalam pemakanan kita, kita memerlukan nutrien yang seimbang dan tepat, terutama sekali mikro nutrien seperti karbohidrat kompleks, protein kurang lemak dan lemak sihat. Jika kita tidak mengetahui bahawa pengetahuan pemakanan yang sihat, kita tidak akan mengetahui cara pemakanan yang sihat. Memang tidak dapat dinafikan bahawa gaya hidup yang kurang sihat akan merosotkan kesihatan kita. Oleh itu, kita perlu sentiasa melakukan senaman, minum lebih banyak air memastikan masa tidur yang berkualiti supaya kadar penyerapan tubuh badan yang bagus dan kesihatan metabolik yang lebih baik.


Kita Boleh Memilih Nutrien yang Diformulasikan kepada Makanan Tambahan

• Intipati yang diekstrak daripada ramuan herba semula jadi
PHHP merumuskan semua produk dengan ramuan semula jadi yang berkualiti. Intipati bernutrisi yang diekstrak daripada ramuan herba semula jadi adalah elemen yang sangat penting untuk menjaga kesihatan badan manusia. Sebagai contoh, Phyto Aloe Vera Whole Leaf Concentrate 60000mg mengandungi nutrisi Aloe Vera Whole Leaf yang mempunyai enzim-enzim semula jadi yang dapat membantu mengekalkan kesihatan gastrousus. Selain itu, nilai nutrisi semula jadi di dalam kolostrum Imu-Max Colostrum PHHP adalah sangat tinggi, terutama sekali faktor imun dan faktor pertumbuhan yang dapat membantu dalam meningkatkan dan keupayaan sistem imunisasi dan keupayaan dalam memulihkan sel-sel badan kita.

• Memilih makanan tambahan yang anda perlukan
Badan kita mempunyai kira-kira 70 triliun sel badan. Setiap sel memerlukan udara, air dan nutrisi untuk berfungsi. Nutrien boleh dibahagikan kepada pemakanan teras dan pemakanan sasaran. Pemakanan teras ialah nutrien yang kita perlukan pada setiap hari, ia dapat membantu menambah semula nutrien di dalam sel badan kita. Namun begitu, pemakanan sasaran adalah dihasilkan untuk struktur badan dan organ yang tertentu, kerana semua struktur dan organ mempunyai keperluan nutrisi yang berbeza. Phytosophy - falsafah kesihatan yang diamalkan oleh PHHP dapat menyediakan anda makanan tambahan bernutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan anda. Termasuklah pemakanan teras dan pemakanan sasaran, kami bersedia untuk menyediakan anda pelbagai pilihan kesihatan yang berkualiti.

• Mudah, senang, bernilai
Pekerjaan dan tugas-tugas lain sering menjadikan kita sibuk dan memakan masa yang lama. Ianya sangat mencabar bagi kita mendapatkan semua nutrien yang kita perlukan. Tetapi, jangan risau! Makanan tambahan yang dirumuskan oleh PHHP adalah merangkumi nutrien-nutrien yang berbeza dalam satu saiz. Makanan tambahan kita adalah sangat mudah untuk dibawa kemana sahaja dan dimakan, sentiasa bawa bersama dengan anda walaupun berada di luar! Harga juga sangat berpatutan. Mari nikmati gaya hidup sihat dengan kami!