Arah Tujuan Penyelidikan
dan Pembangunan Kami

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan kami terdiri daripada pakar dalam bidang tertentu seperti saintis berpengalaman, pakar pemakanan, pengurusan peraturan dan pelbagai lagi. Mereka memainkan peranan penting dengan bekerjasama dalam menyelesaikan kajian dan membina produk syarikat kami.

Bermula daripada memilih ramuan semulajadi dengan penuh ketelitian, bahagian Penyelidikan dan Pembangunan akan menganalisis dan menilai kualiti dan kecekapan setiap ramuan semulajadi tersebut. Melalui strategi peta perjalanan produk kami yang berintegrasi, kami telah menetapkan arah tujuan penyelidikan dan pembangunan kami, penyelidikan pemasaran kami sehinggalah ke penilaian kemungkinan produk yang akan dapat dilakukan demi memenuhi harapan dan keperluan para pelanggan.


Sumber

Sumber ramuan semulajadi yang diambil dari seluruh dunia.


Penyelidikan

Menjalankan kajian nilai-nilai kesihatan yang terkandung di dalam ramuan semulajadi.

Menentukan kualiti dan keberkesanan setiap ramuan dan kandungan yang akan digunakan.


Pembangunan

Membangunkan formula yang inovatif untuk pelbagai keperluan kesihatan.


Ujian

Untuk menjalankan pelbagai ujian makmal seperti: Ujian Kestabilan, Ujian Mikrob, Ujian Logam Berat, dan sebagainya.