Teknologi Maklumat

Laman web rasmi PHHP terdiri daripada pelbagai bahasa dan bertindak sebagai satu portal yang dikenali sebagai Virtual Office untuk rakan niaga kami. Ibarat seperti pejabat dalam talian yang mana orang ramai boleh menjalankan dan memantau perniagaan mereka dari semasa ke semasa.

PHHP menawarkan laman web mesra pengguna, yang mana laman web kami direka khas untuk kegunaan para pengedar kami. Ini semua akan mengukuhkan lagi falsafah syarikat dengan membekalkan sokongan di mana-mana sahaja.

Prestasi dan Keselamatan
PHHP menyediakan pendekatan yang bijak dan bersepadu dalam menjamin sistem dan transaksi e-Dagang. Kami juga akan sentiasa meningkatkan fungsi, kebolehgunaan dan kecanggihan sistem demi menyediakan pengalaman penggunaan yang terbaik kepada rakan niaga kami.

Rantaian Pengedar dan Logistik

PHHP menyediakan perkhidmatan logistik global yang boleh dipercayai kepada para pelanggan.

Ia membolehkan setiap operasi pengedaran bekalan produk kepada pengedar dan pengguna ke seluruh dunia sentiasa dipenuhi.

Manakala gudang PHHP dilengkapi dengan Sistem Pengurusan Gudang. Dengan teknologi ini, kami mampu:

  • Meningkatkan Kelajuan Pengambilan Barang
  • Meningkatkan Isipadu Pemilihan
  • Memudahkan Proses Pemilihan
  • Meningkatkan Produktiviti
  • Mengurangkan Kos Tenaga Kerja
  • Mengurangkan Kesalahan Pengambilan Barang

Setelah selesai proses pesanan, Sistem Logistik Bersepadu PHHP secara automatik akan menggerakkan maklumat ke Virtual Office yang mana ia membolehkan para pengedar menyemak dan mengesan penghantaran barang mereka secara atas talian di mana-mana sahaja dalam masa 24 jam sehari.

Sistem perkhidmatan logistik ini memberikan anda gambaran terperinci mengenai penghantaran kargo, lokasi keberangkatan, tujuan, pemeriksaan pusat sehingga ke pemeriksaan kargo sampai ke lokasi yang telah ditentukan atau ke lokasi pejabat PHHP.

Pusat Khidmat Pelanggan

Pusat Khidmat Pelanggan bertindak sebagai satu ‘jambatan’ antara pelanggan dengan syarikat. Terdapat pelbagai saluran yang boleh dicapai oleh para pelanggan seperti Talian Hotline Customer Care, Customer Care Email dan Live Chat untuk sebarang pertanyaan berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kami.

Objektif kami adalah untuk memberikan kepuasan kepada pelanggan kami dengan meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan kami secara berterusan.