03 September 2020

Saiz Huruf :   Besar    Sederhana    Kecil

Kenapa Perlu Pilih Semulajadi?

Kenapa Perlu Makanan Tambahan?


Anugerah Terhebat Alam semulajadi untuk Kesihatan Kita ialah Ramuan herba Semulajadi

• Pelbagai ramuan boleh didapati di alam semulajadi
Alam semula jadi adalah sumber kekayaan, ia juga sumber yang kita perlukan untuk menyembuhkan minda, badan dan jiwa kita. "Angkasa Hijau" ialah istilah untuk Alam Semula Jadi, ia mewakili tanah yang luas, persekitaran dan suasana alam yang kita diami. Pasukan penyelidik saintifik melihat dengan teliti hubungan antara "Angkasa Hijau" dan keadaan kesihatan manusia. Mereka mendapati bahawa hubungan positif dengan Alam Semulajadi boleh membantu memberikan kesejahteraan yang signifikan untuk minda, badan dan jiwa kita. Pemandangan hijau bagus untuk penglihatan dan minda kita manakala persekitaran hijau membantu pernafasan yang sihat. Makanan hijau secara amnya boleh membekalkan kelebihan untuk kesihatan kita secara keseluruhan.

• Para saintis menemui banyak tumbuhan yang bermanfaat untuk kesihatan
Tumbuhan telah hidup di bumi sejak 30 bilion tahun dahulu. Struktur terawal yang ditemui dalam tumbuhan adalah sangat mudah kerana tidak banyak spesies untuk kajian saintifik terperinci. Di bawah perubahan persekitaran yang berterusan sepanjang tahun, terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang terdapat dalam persekitaran semula jadi hari ini. Contohnya, perairan, daratan, iklim sederhana, tropika, gunung ganang dan lain-lain. Para saintis telah menemui banyak manfaat kesihatan dalam tumbuhan ini. Sebagai contoh, pada tahun 1930, seorang saintis Jerman bernama Hans Fischer mendapati bahawa struktur klorofil hampir sama dengan sel darah merah manusia. Tidak lama selepas itu, pakar pemakanan Bernard Jensen menegaskan bahawa klorofil dalam tumbuhan boleh berintegrasi dengan bahan berbahaya dalam tubuh manusia dan membantu membuang toksik daripada badan manusia. Sememangnya Alam Semulajadi dikurniakan tenaga yang bernilai patut kita terokai oleh manusia.

• Dekati alam, Kenali ramuan alam semulajadi
Alam semula jadi adalah peneman setia kita. Ia telah memberikan kita sumber yang banyak tidak terkira dengan penuh kasih sayang dan rasa syukur. Marilah kita mendekati Alam, merasainya dengan hati dan jiwa kita, melalui minda dan kebijaksanaan kita, kita boleh menggunakan bahan-bahan herba yang sihat dan semulajadi dengan mencipta kehidupan indah yang dianugerahkan Alam kepada kita.


Selamat dan Boleh Dipercayai



• Di bawah kawalan kualiti yang baik
Dalam proses merumuskan bahan semulajadi menjadi produk berkualiti, terdapat pelbagai prosedur ketat yang terlibat. Bermula daripada pemilihan bahan, sehingga pembuatan produk akhir, pengeluaran kami sentiasa menjalani kawalan kualiti yang baik. PHHP mempunyai khidmat yang disediakan oleh pasukan penyelidikan dan pembangunan profesional kami yang bertanggungjawab untuk pemilihan bahan dan formulasi produk. Mematuhi prosedur standard, produk kami diproses dan dibungkus di Kilang PHIM yang mematuhi standard operasi GMP. Produk yang dirumus dengan bahan semula jadi PHHP dikawal dengan kawalan kualiti yang standard dan baik. Ianya selamat, sihat dan selamat untuk dimakan dan diamalkan.

• Mudah diserap oleh metabolisme
Melalui proses ekstrak bahan kimia fizikal, ekstrak tumbuhan - pati pekat boleh diperolehi daripada tumbuhan semula jadi. Dengan cara ini, kemungkinan ekstrak dimusnahkan oleh cuaca yang tidak menentu, perosak, bahan kimia dan faktor lain dapat dikurangkan. Nutrien boleh dilindungi dengan baik, serta mengekalkan manfaat kesihatan. Paling penting, ekstrak herba semulajadi mempunyai saiz molekul yang lebih kecil, jadi ia mudah dihadam, diserap dan dimetabolismekan oleh tubuh badan manusia. Apabila nutrien sedang diserap oleh badan kita, nutrien yang kurang dalam badan kita boleh diisi semula. Oleh itu, ia boleh membantu menyumbang kepada kesihatan tubuh badan kita.

• Secawan kebaikan alam semula jadi
Siri produk PHHP dirumus khas dengan ramuan herba semulajadi. Ia mudah dan lazat untuk dihidangkan - secawan kebaikan semula jadi yang bukan sahaja mengandungi manfaat kesihatan tetapi juga dengan ketulenan dan keikhlasan yang disampaikan oleh PHHP. Secawan kesihatan ringkas yang dipenuhi dengan pati semulajadi yang memenuhi keperluan harian anda dan membolehkan anda memulakan hari baharu dengan kekuatan!


Ekstrak Semulajadi Boleh Membantu Mengekalkan Pelbagai Fungsi Kesihatan

• Pemakanan Teras
Tubuh manusia adalah hampir sama sebuah rumah yang dibina dengan batu bata yang disusun di atas satu sama lain. Untuk membina rumah yang kukuh dan stabil, kita memerlukan asas yang stabil. Badan kita berfungsi dengan cara yang sama. Kita memerlukan nutrisi teras untuk membina asas kesihatan yang lebih teguh. Secara ringkasnya, pemakanan teras adalah keperluan harian kita. Tubuh manusia memerlukan nutrien yang mencukupi untuk berfungsi sepenuhnya dalam kehidupan seharian. Oleh itu, pengambilan nutrien yang mencukupi adalah penting untuk asas kesihatan yang kukuh dan mengekalkan kesihatan badan yang positif.

• Pemakanan Sasaran
Menurut antropotomi, tubuh badan manusia terdiri daripada sistem, organ dan struktur kompleks lain. Namun begitu, struktur badan ini mempunyai fungsi dan tanggungjawab masing-masing termasuk sendi dan tulang, saluran usus, hati, sistem pernafasan dan lain-lain. Oleh kerana perbezaan dalam setiap struktur, nutrien yang diperlukan juga berbeza-beza. PHHP telah menyediakan pelbagai pilihan makanan sasaran yang boleh membantu anda mengekalkan badan dengan lebih sihat berdasarkan kepada keperluan peribadi anda.

• Setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza
Khasiat yang kita perlukan biasanya dipengaruhi oleh peringkat kehidupan yang kita lalui. Selain daripada umur, factor-faktor lain seperti pekerjaan, keadaan kesihatan, jantina dan lain-lain boleh menjejaskan keupayaan penyerapan dan metabolisme badan kita. Nutrien yang diperlukan oleh badan kita selalunya berubah dari semasa ke semasa, bergantung kepada factor persekitaran kita. Siri Produk PHHP Phytosophy menyediakan pelbagai pilihan nutrisi teras dan nutrisi sasaran. Dirumus dengan herba semulajadi, orang ramai boleh mengambil nutrien yang betul dengan jaminan yang boleh dipercayai. Formulasi yang selamat dan sihat dengan kombinasi dan pilihan produk yang pelbgaia membantu dalam kesejahteraan keseluruhan diri dan keluarga anda.