09 OCTOBER 2020

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL


Kolostrum
Sumber Kehidupan

Secara semulajadi, terdapat pelbagai jenis kuman, bakteria, kulat, parasit dan pelbagai bahan patogen lain di dalam kehidupan kita. Diantara sebab kita boleh bertahan dan hidup dalam persekitaran seperti ini adalah kerana kekuatan imuniti di dalam tubuh badan kita. . Imuniti merupakan doktor terbaik yang mampu mengenalpasti dan menyingkirkan benda asing yang berbahaya di dalam tubuh badan kita. Jadi bagaimanakah cara untuk kita meningkatkan ketahanan imuniti tubuh badan? PhytoFairy mencadangkan anda kepada sumber kehidupan iaitu Kolostrum!

Kolostrum bovinemerupakan satu anugerah kesihatan daripada alam semulajadi untuk manusia sejagat. Ianya merupakan susu lembu yang dihasilkan dalam tempoh 3 hari selepas ia melahirkan anak dan ianya merupakan produk tenusu yang mempunyai tinggi nilai pemakanan yang hamper sama dengan susu ibu.

Kolostrum sangat berbeza dengan susu biasa yang mana ianya mempuyai nilai kandungan protein yang lebih tinggi tetapi kurang lemak dan gula. Perkara yang paling penting ialah ianya mengandungi nutrien khas yang dipanggil sebagai faktor imun. Faktor imun merangkumi pelbagai jenis immunoglobulin seperti IgG, IgD, IgA, IgM dan IgE. Antara kesemua itu, IgE mempunyai nilai tertinggi (sehingga ke 8%-25%) yang boleh membantu dalam meningkatkan imuniti dan membantu mencegah virus serta bakteria berbahaya.

Peringatan daripada PhytoFairy:

Kolostrum bovine bukan sahaja bermanfaat untuk bayi dan kanak-kanak tetapi ianya juga memberikan manfaat yang besar dalam kalangan orang dewasa dan orang tua.