08 OCTOBER 2020

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Jangan Biarkan Bau Badan
Menguasai Anda!

Dalam kehidupan ini, terdapat pelbagai dugaan dan cabaran yang menanti kita. Selain daripada kebijaksanaan, keupayaan dan usaha, kita juga memerlukan keyakinan. Terdapat satu kata pujangga yang mengatakan, “Memiliki keyakinan tidak akan menjamin suatu kejayaan, walaubagaimanapun kekalahan akan terjadi jika tiada keyakinan”. Jadi tidak dinafikan bahawa kita memerlukan keyakinan untuk menjadikan impian satu kenyataan.

Tetapi, harus diingatkan bahawa terdapat beberapa faktor yang akan mempengaruhi keyakinan kita yang tidak dapat dielakkan. Terutamanya apabila kita berada dalam saat-saat yang memalukan seperti mempunyai masalah kebersihan intim dan bau badan yang tidak menyenangkan. Walaupun kini kita menjalani kehidupan di negara maju, kebanyakkan masyarakat tidak mengambil tahu tentang kepentingan penjagaan kebersihan di kawasan intim. Disebabkan oleh kurangnya pendidikan dan bimbingan yang bersesuaian, orang ramai tidak mengetahui cara-cara untuk menangani masalah isu ini dengan sebaiknya.

Pelbagai masalah yang memalukan dihadapi tetapi masih belum menemui cara untuk menangani? Jangan biarkan perasaan malu dan rendah diri menyelubungi diri anda! Ikuti PhytoFairy dan lihat bagaimana terjadinya punca-punca tersebut.

1. Keradangan
Masalah keradangan di kawasan intim kebiasaannya terjadi disebabkan oleh jangkitan bakteria. Candidal vulvovaginitis merupakan keadaan yang paling biasa berlaku dalam penyakit ginekologi. Di antara tanda-tanda ialah seperti, berlakunya keputihan yang tidak normal, gatal-gatal dan mempunyai bau yang tidak menyenangkan. Faktor-faktor yang menyebabkan ianya terjadi adalah disebabkan oleh tidak menjaga kebersihan di kawasan intim dengan baik, tahap pH yang tidak seimbang, amalan pemakanan yang tidak sihat dan berpakaian ketat.

2. Bau yang Tidak Menyenangkan
Apabila peluh bercampur dengan bakteria pada lapisan kulit, permukaan kulit akan menguraikan za-zat dalam peluh dan menyebabkan keluar bau yang kurang menyenangkan. Terutama sekali pada bahagian tubuh badan yang tertutup seperti ketiak, kawasan intim dan tapak kaki. Semasa berpeluh, bahagian tubuh badan ini akan menjadi lembap dan memudahkan berlakunya pembiakan bakteria. Dengan ini, peluh yang terhasil mempunyai bau yang kurang menyenangkan.

3. Kulit Kusam
Bahagian kawasan intim dan bahagian ketiak menjadi kusam disebabkan oleh faktor penuaan. Kehilangan kolagen akan menyebabkan pemendakan melanin pada kulit. Selain itu, warna kulit di kawasan intim bergantung kepada warna kulit individu itu sendiri, dan tidak semestinya ia menunjukkan individu tersebut menjalani kehidupan peribadi yang tidak terurus. Proses pemendakan melanin terjadi disebabkan oleh geseran daripada pakaian dalam yang tidak sesuai. Selain itu, perubahan hormon selepas bersalin dan menopaus juga akan menyebabkan kulit menjadi kusam.

4. Hilang Keanjalan
Golongan wanita yang berada dalam fasa selepas melahirkan anak dan menopaus akan mengalami masalah kelonggaran faraj yang mana disebabkan oleh penurunan serat elastik pada dinding dalaman faraj. Hal ini disebabkan oleh kandungan kolagen yang lebih rendah di dalam tubuh badan kita yang terjadi disebabkan oleh hormon yang tidak seimbang. Selain itu, bagi wanita berusia 25 tahun keatas akan menghadapi penurunan kolagen termasuklah di kawasan bahagian intim. Jadi, wanita berusia 25 tahun dan keatas haruslah menjaga dengan baik akan kebersihan dan kesihatan di kawasan intim bermula daripada sekarang.

5. Kulit Kering
Penggunaan pembersih yang diperbuat daripada bahan bukan semulajadi (intipati dan warna tiruan) untuk jangka masa yang panjang akan menyebabkan kerosakan pada kulit penghalang serta meyebabkan keupayaan kulit untuk terhidrat menjadi merosot. Membersih secara berlebihan di kawasan intim dan ketidakseimbangan flora vagina akan menyebabkan berlakunya gangguan endokrin, metabolisme yang tidak normal pada lapisan mukus rahim dan seterusnya mengakibatkan dinding vagina menjadi kering.