Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL


Tahniah kepada PHHP kerana telah menyerlah daripada 16 buah negara dengan lebih daripada 200 pencalonan. PHHP telah dianugerahkan 2022 Asia Pacific Enterprise (Inspirational Brand Award)!


“Asia Pacific Enterprise Awards” adalah sebuah organisasi pertubuhan bukan kerajaan “Enterprise Asia” untuk menghargai para peniaga dan usahawan yang telah memberi kepimpinan terulung, pengurusan yang cemerlang serta pembangunan yang mampan dalam industri-industri di seluruh Asia.

Insan yang Saling Membantu Insan Lain, Bersama-sama Berkongsi Keamanan, Keharmonian, Kesihatan dan Kemakmuran.

Seiring dengan matlamat PHHP untuk memperkasakan akal fikiran masyarakat dan meningkatkan keteguhan kemanusiaan untuk mewujudkan dunia yang penuh dengan kasih sayang.

Falsafah utama PHHP adalah membina dunia yang penuh dengan kasih sayang dan kesihatan. Melalui model operasi yang unik, PHHP berupaya menyediakan platform kesihatan dengan gaya yang aman dan mesra, demi meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang pemilihan produk yang lebih sihat, selain daripada memberikan kesedaran terhadap kesihatan dan meningkatkan kualiti kehidupan orang ramai.

Nilai teras PHHP sentiasa menjaga kebajikan orang ramai. Fokus PHHP pada kesihatan adalah dengan pilihan yang ringkas dan mudah membawa pelbagai makanan bernutrisi kepada orang ramai diserata dunia, lebih mudah dengan gabungan elemen kesihatan dalam kehidupan seharian, dan mengamalkan gaya hidup sihat dengan dua jenis produk utama iaitu Siri Phytosophy dan Siri PhytoLab.

PHHP sentiasa setia akan 4 misi utama, iaitu Berkongsi Kesihatan, Berkongsi Kekayaan, Berkongsi Kebijaksaan dan juga Berkongsi Kasih Sayang. Sebagai sebuah perbadanan kesihatan antarabangsa, PHHP bukan sahaja bertindak balas terhadap keperluan kesihatan orang ramai tetapi juga menitikberatkan individu yang memerlukan bantuan sosial dengan menyertai aktiviti-aktiviti kebajikan awam.

PHHP mendukung teguh visi dan misi, iaitu menjadi organisasi global yang lestari melalui perkongsian kesihatan, kekayaan, kebijaksanaan dan kasih sayang.

PHHP percaya bahawa dengan kekuatan 5P - Philosophy, Product, People, Program dan Plan, PHHP akan berupaya untuk menemui pembangunan yang lebih teguh di Malaysia, Singapore, Indonesia dan Thailand pada masa depan. PHHP juga dalam proses membangunkan perusahaan di negara lain supaya dapat membantu lebih ramai orang mencapai kehidupan yang diingini dan merealisasikan cita-cita mereka.


Gallery