Pernahkah anda mengalami situasi sebegini? Adakah anda mengantuk, menguap tidak terhenti-henti dan teringin hendak tidur sebaik sahaja makan tengah hari, walaupun tidur lena pada malam sebelumnya? Sebenarnya, hal ini dikenali sebagai “postprandial somnolence” dalam bidang perubatan atau “food coma”.
Apabila kita makan makanan berminyak, manis atau dalam kuantiti yang besar, badan kita perlu bekerja lebih keras untuk mencernanya. Hal ini boleh menyebabkan paras gula dalam darah berubah secara mendadak lalu menimbulkan rasa mengantuk.
• Hal ini boleh menyebabkan kembung perut, gangguan pencernaan atau pedih ulu hati
• Hal ini boleh menyebabkan sembelit
• Kalori berlebihan lebih mudah disimpan sebagai lemak lalu menyebabkan kenaikan berat badan
Sebaliknya, bangun dan lakukan sedikit pergerakan fizikal selepas makan. Selepas berehat selama 15 minit, digalakkan untuk berjalan selama 10 hingga 15 minit. Hal ini dapat membantu proses penghadaman, menstabilkan paras gula dalam darah serta menyokong pengurusan berat badan anda.
Rasa mengantuk selepas makan bukanlah tanda kemalasan, tetapi merupakan reaksi semula jadi badan anda. Dengan pemakanan yang seimbang dan sedikit pergerakan selepas makan, anda boleh mengurangkan rasa lesu dan mengekalkan tahap kecergasan sepanjang hari!