9 October 2024
Pada ketika penularan mpox (sebelum ini dikenali sebagai penyakit cacar monyet) baru-baru ini, kes pertama di Malaysia pada tahun ini menarik perhatian orang ramai. Kes pertama mpox di Malaysia dikesan pada 26 Julai 2023. Walaupun tiada kes kematian dilaporkan, jumlah kes positif telah mencapai 10 kes. Hal ini menimbulkan kebimbangan orang ramai. Jadi, bagaimana mpox merebak? Apakah gejala-gejalanya? Bagaimanakah kita boleh mencegahnya? PhytoFairy akan berkongsi maklumat penting mengenai mpox untuk membantu anda lebih memahami mpox dan menanganinya dengan lebih baik.
Mpox ialah penyakit zoonotik yang jarang berlaku. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis virus yang didapati pada haiwan dan boleh menjangkiti manusia. Walaupun kebanyakan kes awal berlaku di negara-negara Afrika Tengah dan Barat, virus mpox yang jarang ditemui di negara-negara selain Afrika sebelum ini kini telah dikesan di negara-negara lain. Pada masa ini, ahli saintis telah menemui virus mpox dalam pelbagai mamalia kecil seperti tupai dan monyet.
· Mpox boleh merebak melalui sentuhan fizikal rapat dengan individu yang dijangkiti, seperti pelukan, ciuman, pegangan tangan atau hubungan seksual.
· Virus ini juga boleh tersebar melalui semburan air yang keluar ketika menghembuskan nafas apabila orang berada dalam jarak yang dekat dan berbual antara satu sama lain.
· Sentuhan dengan ruam atau cecair gelembung individu yang dijangkiti, serta sentuhan pada objek yang tercemar seperti cadar atau pakaian juga boleh menyebabkan jangkitan.
Simptom paling biasa bagi mpox ialah ruam dan gelembung yang biasanya bermula di bahagian muka sebelum merebak ke tapak tangan, tapak kaki dan bahagian badan yang lain. Ruam tersebut pada awalnya kelihatan rata sebelum berkembang menjadi gelembung yang dipenuhi cecair yang mungkin menyebabkan kegatalan atau kesakitan. Sehingga semua luka sembuh dan kulit baru terbentuk, pesakit boleh menyebarkan virus kepada orang lain. Selain ruam, seseorang individu mungkin mengalami keletihan melampau, demam dan sakit kepala. Gejala-gejala lain yang perlu diberi perhatian termasuk pembengkakkan kelenjar limfa, sakit belakang dan sakit otot.
· Basuh tangan dengan kerap, terutamanya selepas bersentuhan dengan barang yang digunakan oleh individu yang dijangkiti. Gunakan sabun atau pembersih tangan berasaskan alkohol.
· Elakkan sentuhan langsung dengan luka individu atau haiwan yang dijangkiti dan elakkan menyentuh objek seperti pakaian dan cadar yang mungkin tercemar.
· Jika anda terdedah kepada individu yang dijangkiti atau objek yang mungkin tercemar, pantau kesihatan anda selama 21 hari dan perhatikan sebarang gelaja.
Jika anda mengalami sebarang gejala, sila dapatkan nasihat perubatan segera dan elakkan kontak dengan orang lain untuk mengelakkan penyebaran virus. Pengasingan diri adalah disyorkan untuk sekurang-kurangnya 21 hari atau sehingga gejala betul-betul pulih. Tempoh inkubasi bagi mpox biasanya antara 5 hingga 21 hari dan gejala biasanya akan sembuh dalam masa 2 hingga 4 minggu. Namun begitu, bagi individu yang mempunyai sistem imun yang lemah, masa yang lebih lama mungkin diperlukan untuk gejalanya pulih.